Bertemu kita kembali , setelah lame menyepikan diri :) Semalam pergi 'suke-suke' daftar menjadi sukarelawan ZOO NEGARA :) amat besttt ! selain berinteraksi dengan alam dan binatang , saye telah belajar banyak perkare . Salah satunya , sayangi la haiwan haiwan kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kite (: Banyak pengalaman yang dapat saya kutipi ( trimass kepada abang2 zoo yang banyak bercerite - amat laa peramah mereka mereka itu :D ) Dipendekkan cerite saya mandikan gajah , bersihkan kandang zirafah , sapu daun daun kering / kesimpulan nye balik rumah muke seposen terus terjun katil ! HAHA . penat gile , tapi berbaloiii (: ingatkan hari ni nak pergi lawat gajah lagi , bangun lewat pulakk . aisehh lain hari la ye , sorri gajah gajah sekalian (: Akhir kata , saya menyeru orang ramai yang ade hati dan perasaan suci murni ataupon pendek kata tak de kerja , baik la kamu semua pergi 'meng-volunteer kan diri' ke Zoo Negara . Mereka memerlukan orang untuk membaik pulihkan kawasan sekitar dan 'animal welfare' tersebut . Saya amat menyokong kerja amal serbegini , duit tak penting oke , yang penting hati ikhlas untuk membantu . Kesian dan sayang tengok haiwan haiwan tu terperuk jee , takde kawan nak berbual (: Saya serius ni ok . Tak gile lagi ! :D Kalau boleh mari kite bersama sama membuat kerja amal , bukan untuk diri sendiri , bukan nak dapat nama atau ganjaran tapi untuk kepentingan bersama ok ? :) Nanti korang sume gak yang untung !
* Harap dapat tengok ramai budak budak lepasan SPM di zoo :) Tak payah la melepak , tengok wayang ; HABIS DUIT JE OKE . Kalau jarang jarang takpela (: macam saya gak , hihi.

